Program Latihan Pendidikan Peringkat Ijazah Pertama
Di kelas inilah bermula bab baharu dalam hidup aku. Hari pertama aku menjejakkan kaki ke Bukit Khor. Semua orang berpakaian rasmi kecuali aku dengan Farhan. Hanya empat orang kumbang sahaja yang ada dalam koloni ini. Agak malang bagi kuntuman bunga yang hidup dalam simbiosis ini. Ferini yang sepatutnya menyambung pelajaran dalam bidang yang berkaitan dengan perubatan, kini ada di dalam kelas ini. Nida yang pernah belajar dalam bidang pergigian di Yarmouk, perubatan di Al-Azhar dan pendidikan di Unisel, sekarang ada bersama dengan kami.
Shuhada yang sebelum ini menyambung pelajaran di tingkatan enam, memilih untuk berada di sini. Kebanyakan daripada kami berhenti daripada program asasi dan matrikulasi selepas mendapat tawaran ke sini. Apabila sampai sahaja aku di tempat letak kereta di belakang gimnasium, orang pertama yang menyambut aku adalah Dr. Suhaimi. Dr. Suhaimi ini memang berbudi bahasa orangnya. Biarpun sudah menjadi COO beberapa tahun selepas itu, dia masih orang yang sama. Sampai sahaja di kaunter lobi, aku terdengar ada orang menyebut nama Wan Rasyidah. Aku pun menyambung,
“Wan Rasyidah binti Wan Zakaria”
Memang betul rupanya. Syida merupakan rakan sekelas aku semasa di sekolah menengah. Tak sangka pula dia akan turut berada di sini. Ketika aku duduk di lobi, Puan Arida mula bertanyakan aku sesuatu dalam Bahasa Inggeris. Aku terus rasa yang tempat aku bukan di sini. Aku memang seorang yang sangat tidak yakin untuk ber’Bahasa Inggeris’. Sementelah itu, datang seorang Cina bertanyakan sesuatu kepada aku. Rambut ‘mohawk’nya bukan aku cuak seketika. Rupanya dialah rakan sebilik aku. Oh ya, dia sebenarnya Melayu. Hanya raut wajahnya yang seakan-akan Cina.
Melihatkan Dr. Brandon juga akan mengajar aku, aku sangat tidak pasti bagaimana aku nak teruskan pengajian ini. Macam mana kalau pensyarah dari New Zealand ini tidak faham apa yang aku cuba sampaikan. Mesti aku pun banyak akan tidak faham apa yang dia cakap. Aku terus berada di sini sebab hanya dengan keberadaan aku di sini, ayah aku dapat maafkan. Aku terlalu mengecewakan dia sebelum ini. Mungkin ini jalan yang sesuai untuk aku.
Ruangan empat muka dinding keliling kami

No comments