Bagai Menatang Minyak Yang Penuh

Salam. Alhamdulillah, dewasa ini negara kita dibanjiri dengan golongan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik. Tetapi ada juga yang mempertikaikan tentang sejauh mana tahap nilai budaya budi pekerti golongan ini, adakah ia setanding dengan kecemerlangan akademik mereka. Ia mungkin kerana sistem pendidikan kita yang tidak bertunjangkan kepada teras agama kita.

Secara dasarnya, perkara utama yang menjadi isu paling cepat panas dan tersebar di sekolah adalah berkenaan dengan masalah disiplin. Kemudian timbullah pula isu keberkatan guru kepada anak muridnya. Tapi pada penghujungnya, semua orang cenderung untuk hanya melihat kepada keputusan akhir peperiksaan utama bagi setiap pelajar tanpa melihat apa-apa yang telah seseorang itu telah lakukan. Memang betul, buat apa lagi mahu mengingati perkara yang lepas tetapi khalayak hanya melupakan kesalahan seseorang itu hanya jika seseorang itu berjaya diatas kertas.

Mereka dipuji dilambung dengan meriahnya dan mereka yang kurang berjaya diatas kertas terus dilupakan. Percayalah, ini bukan cerita pasal saya kerana saya gagal dalam berdisiplin dan gagal akademik. Walaupun seseorang itu baik bak malaikat pun sepanjang beberapa tahun persekolahan, kalau keputusan peperiksaan utamanya dilihat kurang berjaya maka seseorang itu bukanlah prioriti bagi khalayak untuk diberikan perhatian serta galakan.

Tolong orang dengan mendidik anak nusa dan bangsa. Persetankan frasa indah ini jika kita tidak mampu menjadi pendidik yang kalis prejudis. Tolong orang apanya kalau pelajar kelas A terus dilayan seperti maharaja dan pelajar kelas C terus dilayan seperti kuli batak. Kalau pelajar A ini masa depan negara, lantas pelajar C ini bukan anak bangsa kita juga ke? Siapa lagi yang mampu menolong mereka kalau bukan kita.


Gambar semasa program anjuran SKSS1

No comments

mazwanmohammad. Powered by Blogger.