Cuti Rehat Khas
Cuti rehat khas pertama aku sepanjang berkhidmat. Kak Long aku perlu
bertolak ke Teluk Intan untuk hari keluarga kami di sana. Ini kali kedua
aku ke Padang Raja selepas kenduri Fatma. Bila aku nak sampai je dekat
situ, Sya telefon tanya aku dekat mana. Diorang semua dah sampai. Akad
nikah berlangsung pada malam tu. Agak kekok sebab aku seorang je lelaki.
Kawan aku yang lain semuanya perempuan. Keesokan paginya, kami pergi ke
majlis akad Nina. Aku hampir nak jadi wali Nina sebab aku duduk dekat
dengan tok kadi. Kami patah balik ke majlis Adam dengan Tasya. Pertama
kali sambut dulang dari pengantin lelaki. Ya, aku seorang je lelaki yang
sambut dulang masa tu. Aku ada telefon Farhan, tapi dia ada kat Tanah
Merah masa tu. Aku terus bertolak ke Teluk Intan. Aku sampai dekat
Cameron masa dah Maghrib.
Sehijau warna daun


No comments