Made In Dagenham
Salam. Saya tertarik dengan satu isu yang dibangkitkan dalam cerita ini. Si suami menyifatkan bahawa si isteri patut bersyukur kerana mempunyai suami yang tidak minum arak, tidak memukul anak-anak dan tidak berjudi di sana sini serta itu menjadikannya sesuatu yang istimewa. Si isteri membantah dengan menyatakan bahawa itu hanyalah perkara-perkara normal yang sepatutnya berlaku dan tiada sebarang keistimewaan tentang perkara itu.
Saya pernah mengusulkan bahawa saya berada di persekitaran dimana beribadah secara berjemaah itu bukanlah budaya kami disini. Perbuatan mengajak kearah kebaikan itu hanyalah berada di hati masing-masing sahaja. Itu menjadikan saya istimewa kerana cabaran saya untuk beribadah lebih tinggi dan tidak menyalahgunakan dadah serta tidak terlibat dengan seks bebas menjadikan saya orang yang baik.
Hakikatnya, saya memang silap tentang perkara ini. Itu bukannya alasan untuk saya tidak mengejar untuk berubah kearah yang lebih baik dengan lebih banyak mencari dan melakukan ibadah serta amal kebaikan. Bukannya ingin mempertikaikan apa yang disyorkan dalam agama tentang kahwinilah orang yang baik agamanya, tetapi jika yang baik agamanya berkahwin dengan orang yang juga baik agamanya, kemana hendak kita singkirkan mereka yang kurang dari segi agamanya.
Khulasafnya, kalau kita benar-benar yakin yang kita mempunyai agama yang baik, tidak salah kita membimbing seorang yang kurang dari segi agamanya untuk bersama mencari keredhaan Ilahi.
Cerita ini mempunyai pelat tertentu UK yang ketara


No comments