God Bless America
Salam. Cerita ini ada menyentuh tentang polemik yang sering direka oleh kerajaan yakni tentang perkara-perkara yang menakutkan rakyat. Permainan politik kotor ini sering melibatkan rakyat untuk tidak menyuarakan sebarang pandangan untuk kebaikan negara. Mereka membiarkan rakyat hidup dalam ketakutan dan sering melakukan alasan atas perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan.
Saya menyelar tindakan seorang menteri yang baru-baru ini menggunakan kata-kata yang cukup kasar ketika mengulas tentang satu isu di kaca televisyen. Antara perkara lain yang disentuh dalam cerita ini tentang masyarakat yang terlalu melayan drama yang dihidangkan dalam program-program realiti televisyen. Drama ini sengaja dihidangkan untuk menarik penonton untuk berminat dengan sesuatu program itu. Agak kurang cerdik seseorang itu apabila terlalu taksub dengan gimik sebegini.
Dewasa ini, ramai di kalangan remaja yang ingin menceburi dunia glamour dengan menjadi artis. Lambakan golongan ini tidak membawa sebarang kebaikan kerana yang dikejar hanyalah populariti dan bukannya kualiti untuk berkarya. Namun, kita perlu melihat yang kuantiti yang besar mewujudkan kemungkinan kualiti yang baik dengan lebih banyak. Keharusan aku untuk berhibur menjadikannya haram apabila aku terlalu lalai dengan permainan dunia ini.
Poster cerita God Bless America


No comments