Kiss Of The Damned
Salam. Dalam cerita ini ada menyebut bahawa adakah kehadiran Mr. Jekyll akan mengurangkan kejahatan Mr. Hyde? Saya ingin berkongsi secara kritikal tentang perkara ini secara vice versa. Adakah melakukan kejahatan itu menjadikan kita mustahil untuk menjadi seorang yang baik secara mutlak?
Kita dilahirkan ibarat selembar kain putih yang suci dan bersih yang kemudiannya dicorakkan oleh masyarakat di sekeliling kita. Kita yang bertanggungjawab memilih hala tuju dalam kehidupan kita sendiri. Dosa yang kita lakukan akan meninggalkan titik hitam di hati kita. Kalau kita sudah tidak takut untuk melakukan dosa, mungkin telah hitam keseluruhan hati kita.
Mengajar kanak-kanak itu ibaratnya menulis di atas batu. Prosesnya sukar tetap kesannya lama. Mengajar si dewasa itu ibaratnya menulis di atas air. Tidak memerlukan tenaga tetapi kesannya tiada. Saya menyeru diri saya sendiri untuk melakukan perubahan dalam diri saya walaupun sedikit.
Antara sedutan daripada salah satu babak dalam cerita ini


No comments