Pra-Dewasa
Salam. 'Every man for himself'.
Tiada siapa yang betul-betul boleh tolong kita melainkan keluarga kita.
Sentiasa sayang diri sendiri dahulu sebelum mengharapkan orang lain suka kita.
Bukan suruh jadi narsistik, tapi jangan terlalu mudah hilang pedoman dalam
hidup kerana berasa hidup dalam keadaan bersendirian.
'Law of the jungle'. Itulah hakikat
sebenar hidup di alam pra-pekerjaan. 'Either you eat or be eaten'. Kita memang
tidak mampu untuk puaskan hati semua orang. Pilihlah prioriti kita yang sebenar
tanpa berangan-angan yang kita mampu cemerlang dalam segalanya. Sentiasalah
memperbetulkan niat kita kerana semua jenis pekerjaan bertujuan untuk menolong
orang lain selagi ia tidak hadir dengan mudarat.
Rezeki itu bukannya bermaksud kita
kaya-raya sepanjang masa. Rezeki juga hadir dalam bentuk yang berbeza seperti
ketika kita didalam kesempitan ekonomi, muncul entah dari mana sejumlah wang
yang mampu menangani kesempitan itu. 'Have faith people'. Sepertimana rezeki
itu bukannya datang dari kerajaan begitulah juga ia tidaklah datang dari
pembangkang, adapun rezeki itu milik mutlak Allah untuk diberikan kepada kita.


No comments