Gunting Dalam Lipatan
Salam. Dalam hidup ini, bukan perihal berkenaan memfitnah dan mengumpat sahaja yang perlu dijaga. Terdapat satu perkara lagi yang perlu kita jaga iaitu berkenaan namimah ataupun mengadu domba. Walaupun perkara yang kita mengadu domba ini merupakan perkara yang benar, tiada sebarang keperluan pun untuk kita untuk menyampaikan kepada sesuatu pihak. Kalau Allah rasa seseorang itu perlu tahu tentang sesuatu perkara, Allah punya cara tersendiri untuk menyampaikannya.
Mengumpat itu merupakan perkara norma bagi masyarakat kita. Tanpa menafikan dosa mengumpat itu sendiri, ia merupakan hakikat yang perlu kita terima. Apakah perkara yang lagi teruk dari mengumpat? Sengaja mengumpat depan-depan. Kalau kita menegur seseorang itu di khalayak, kita tidak mempunyai niat lain selain ingin memalukan seseorang. Ini bukanlah kaifiyat bagi kita dalam menegur seseorang.
Kalau seseorang itu boleh melakukan perkara yang tidak baik terhadap kita di depan kita sendiri, apatah lagi kalau di belakang kita. Orang yang beria-ia mengambil berat terhadap kita, tidak semestinya betul-betul ikhlas dalam membantu kita. Apa jenis manusia yang sanggup mengata sesuatu yang tidak baik kepada seseorang yang mengganggap dirinya sebagai kawan baik.

Gambar ketika program Bina Insan Guru 1

No comments